LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LUMUT, 21 Mei – Sebuah Kapal dagang MT SAIQ ditahan kerana bersauh tanpa kebenaran dia oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Perak  di kedudukan lebih kurang 10 batu nautika dari selatan Pulau Jarak pagi, 20 Mei lalu.

Pengarah Maritim Negeri Perak Kepten Wan Mat Bin Wan Abdullah berkata, kapal terbabit sedang bersauh ketika ditahan oleh Kapal Maritim MARLIN. Hasil pemeriksaan mendapati telah bersauh sejak 16 Mei dan gagal mengemukakan dokumen kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut.

“MT SAIQ ditahan beserta 25 orang kru termasuk kapten terdiri daripada warganegara Pakistan, India, Rusia, Oman dan Montenegro yang berusia antara 20 hingga 65 tahun untuk siasatan lanjut di bawah  Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, Di samping tumpuan terhadap penguatkuasaan di persisir pantai, MN Perak juga sentiasa fokus kepada salah laku di perairan Pulau Jarak. Maritim Malaysia Negeri Perak akan terus mempertingkatkan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang di perairan negara bagi memastikan keselamatan kapal yang melalui perairan negara sentiasa terjamin dan mematuhi undang-undang.

BERSAUH TANPA KEBENARAN MT SAIQ

BERSAUH TANPA KEBENARAN MT SAIQ.2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Perak