LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 17 Mei – Sebuah bot nelayan jenis fiber ditahan pada jarak lebih kurang 1.3 batu nautika dari Timur Tanjung Bungah, Pulau Pinang ditahan oleh bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang pada jam 4.43 petang.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, sebuah bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang dan telah mengesan sebuah bot nelayan jenis fiber yang memukat ikan dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong lelaki berumur 35 tahun dan dua orang kru lelaki yang kesemuanya warganegara Thailand berumur 20 dan 25 tahun berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8(b) kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru warga asing dan bot tersebut tidak diusahakan sendiri oleh pemilik bot.

“Kesemua mereka ditahan termasuk bot dan satu gulung pukat hanyut telah diiring masuk ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Beliau juga menegaskan Maritim Malaysia Pulau Pinang akan terus mempergiatkan pemantauan dan rondaan dalam membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang jenayah di perairan Pulau Pinang.

BOT NELAYAN DIUSAHAKAN WARGA ASING DITAHAN.2

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang