LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

BINTULU, 16 Mei Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan hilang di laut pada jam 7 pagi semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Zon Maritim Bintulu, Komander Maritim Effendy Bin Mohamed Fadilberkata, mangsaAziz Ja’afar bin Atahar, 69 tahun yang berasal daripada Kampung Sebuan Kecil, Bintulu telah keluar ke laut berseorangan dengan menaiki sebuah bot pada 13 Mei, jam lebih kurang 7.30 malam untuk memancing ikan dan tidak pulang sehingga kini.Mangsa disyaki telah hilang di sekitar perairan muara Batang Kemena Bintulu.

Menurut Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Bintulu, Komander Maritim Effendy bin Mohamed Fadilberkata, sebuah aset (Kapal) Zon Maritim Bintulu telah diatur gerakkan bagi menjalankan operasi carilamat tersebut. Sektor pencarian meliputi 50 batu nautika persegi iaitu kira-kira 80 kilometer persegi daripada pantai terhampir Batang Kemena sehingga ke laut.

Operasi pencarian ini turut disertai oleh dua bot daripada Pasukan Polis Marin (PPM), sebuah bot dan kenderaan pacuan empat roda daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan sebuah bot daripada Angakatan Pertahanan Awam Malaysia. Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) akan diteruskan sehingga mangsa dijumpai.

Maritim Malaysia Bintulu berharap komuniti maritim terutamanya di Bintulu dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan insiden ini dan menggesa supaya mengutamakan keselamatan semasa berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan.

OPERASI CARILAMAT NELAYAN HILANG DI LAUT.2

OPERASI CARILAMAT NELAYAN HILANG DI LAUT.3

OPERASI CARILAMAT NELAYAN HILANG DI LAUT

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Bintulu