LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 16 Mei - Seramai 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) kerana cubaan memasuki negara ini melalui kawasan yang tidak diwartakan.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 27 lelaki dan 6 wanita warganegara Indonesia.

"Satu operasi dan serbuan telah dilakukan sekitar 8 malam semalam, selepas Maritim Malaysia menerima laporan mengenai bot tersebut hasil laporan orang awam. Setibanya dikawasan kejadian semua suspek kelihatan sedang diturunkan dari bot berhampiran kawasan pantai Hotel Tiara, Desaru.

"Berdasarkan pemerhatian paras air laut pada ketika itu agak dalam dan anggota bertindak menyelamatkan suspek yang berada dalam air kerana bot terbabit berpatah balik setelah menyedari kehadiran anggota.

"Seorang daripada dua suspek yang dipercayai tekong darat berjaya ditahan ketika cuba melarikan diri ke dalam belukar berdekatan," katanya.

Ujar Mohd Zulfadli ekoran itu, sebuah bot ronda Maritim Malaysia telah mengejar bot penyeludup migran yang kelihatan seperti menggunakan tiga atau empat enjin sangkut sehingga meloloskan diri ke sempadan perairan.

Katanya, bimbang jika masih terdapat migran wanita dan kanak-kanak di dalam bot tersebut yang masih belum diturunkan.

"Kesemua Pati ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. Jika didapati bersalah suspek boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Siasatan awal juga mendapati kesemua mereka dikendalikan oleh geng Fuad Lombok," katanya lagi.

33 pati cuba malaysia

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tanjung Sedili