LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 16 Mei - Seorang pemancing selamat manakala dua lagi dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjatuh ke laut dari bot gentian kaca berikutan bot yang dinaiki terbalik akibat dipukul ombak kuat ketika memancing di perairan Sungai Tawau, 15 Mei lalu.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang beroperasi segera digerakkan ke lokasi sebaik menerima maklumat awal bagi melakukan pencarian di sekitar tempat kejadian pada jam lebih kurang 6.50 petang.

Ketika kejadian, mangsa, Samri bin Hj Sundu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke kawasan pantai berhampiran, manakala Shahrul Lizam bin Rizman dan Azman bin Abd Rahim belum dijumpai. Ketiga-tiga mangsa berusia dalam lingkungan 17 hingga 46 tahun beasal dari Kampung Batu 2, Tawau, telah keluar memancing sekitar jam 5.30 petang.

“Kedua-dua mangsa yang selamat dijumpai oleh adik mangsa di sekitar perairan Batu 4, Tawau. Mereka ditemui berpaut pada tong gelem selama hampir dua jam dan hanya mengalami kecederaan ringan. Mangsa yang selamat dipindahkan ke bot Maritim Malaysia yang berada di lokasi mangsa dijumpai untuk dibawa ke Hospital Tawau bagi menerima rawatan”, katanya menerusi kenyataan, di sini semalam.

Beliau menasihatkan agar komuniti maritim disarankan supaya peka dengan perubahan semasa cuaca ketika keluar ke laut dan sentiasa memakai jaket keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.

 

DUA NELAYAN JATUH LAUT

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau