LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 15 Mei – Sebuah bot nelayan kenka tempatan Kelas A ditahan pada jarak lebih kurang 1.0 batu nautika dari Barat Pulau Aman, Pulau Pinang oleh bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang pada jam 1.10 petang kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, sebuah bot peronda Maritim Malaysia yang melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang, telah mengesan sebuah bot nelayan kenka yang bergerak dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan mendapati, seorang tekong lelaki warga tempatan berumur 68 tahun dan dua orang kru lelaki warga Myanmar berumur 19 dan 42 tahun berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8(b) kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemilik bot dan kru warga Myanmar ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 6(1)(c) kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot berkenaan beserta tekong dan dua kru diiringi ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Beliau juga menegaskan Maritim Malaysia Pulau Pinang akan terus mempergiatkan pemantauan dan rondaan dalam membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang jenayah di perairan Pulau Pinang.

LAGI BOT TAK USAHA SENDIRI DITAHAN.2

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang