LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 14 Mei – Mayat salah seorang mangsa bot karam yang dilaporkan hilang pada 7 Mei lalu telah ditemui terapung di kedudukan 3.5 batu nautika barat Pulau Langkawi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali Bin Mohd Said berkata, mayat mangsa terapung di permukaan air semasa kerja-kerja menunda dilakukan oleh pemilik bot yang karam tersebut ke tempat cetek untuk diapungkan semula. Mangsa dipercayai telah terperangkap di dalam bot semasa bot berkenaan karam akibat dilanda ribut.

"Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah menamatkan Operasi CARILAMAT pada 11 Mei pukul 7.30 petang setelah empat hari operasi dijalankan tidak menemui sebarang petunjuk. Bot Petir 81 dan kapal KM Sugut dari Maritim Negeri Kedah dan Perlis telah diarahkan ke lokasi mayat dijumpai dan telah membawa mayat ke jeti Maritim Malaysia Bukit Malut sebelum diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut” katanya.

“Kerja-kerja mengapungkan bot akan diteruskan oleh pemilik bagi mengesan tiga lagi mangsa yang berkemungkinan turut terperangkap di dalam bot yang karam itu,” katanya lagi.

MAYAT MANGSA BOT KARAM DIJUMPAI

MAYAT MANGSA BOT KARAM DIJUMPAI 2

 

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Kedah dan Perlis