LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama


GEORGETOWN, 14 Mei - Empat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 di kedudukan 2.5 dan 2.7 batu nautika dari Kuala Kerian.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan dalam Op Pertiwi di kawasan tanggungjawab telah menahan empat warga Myanmar dalam lingkungan 27 hingga 33 tahun di kawasan sangkar ikan.

“Keempat-empat PATI tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah,” katanya.

Tambahnya, pengusaha sangkar ikan di ingatkan agar tidak menggunakan pekerja asing tanpa permit yang sah. Maritim Negeri Pulau Pinang akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dengan lebih kerap bagi membanteras kegiatan PATI di perairan Pulau Pinang.

Kesemua yang ditahan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk siasatan lanjut.

4 PATI MYANMAR DITAHAN

WhatsApp Image 2019-05-14 at 8.15.09 AM

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Pulau Pinang