LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 13 MEI - Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) menyelamatkan seorang mayat lelaki terapung yang dijumpai seorang nelayan pada kedudukan lebih kurang lapan batu nautika Timur Tg. Kelisa, petang 12 Mei lalu.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli bin Nayan berkata, sebuah bot ronda dihantar ke kawasan kejadian sebaik sahaja laporan mengenai penemuan mayat oleh Maritime Rescue Sub-Coordination Centre (MRSC Johor Bahru) diterima.

“Ketika pihak kami tiba di kawasan kejadian, mayat tersebut ditemui masih lengkap berpakaian dan dipercayai sudah seminggu terapung di laut. Identiti mayat masih belum diketahui mayat seterusnya dibawa ke jeti zon Maritim Tg.Sedili,” katanya.

Mayat diserahkan kepada Pegawai Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

NELAYAN BANTU PENEMUAN MAYAT TERAPUNG

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tanjung Sedili