LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 11 Mei – Seramai 10 orang lelaki warga Myanmar dan Indonesia ditahan dalam Ops Ehsan di perairan Pulau Ketam pada jam kira-kira 11.00 malam, pada jarak lebih kurang 0.5 batu nautika dari Pulau Ketam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, penangkapan bot pertama berlaku ketika pihaknya sedang melakukan Ops Ehsan dan berjaya menahan seramai 5 orang lelaki iaitu 4 orang warga Indonesia dan seorang warga Myanmar. Kelima-lima mereka didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Manakala, tangkapan kedua dilakukan apabila Maritim Malaysia Negeri Selangor telah menahan sebuah bot nelayan tempatan yang sedang leka menangkap ikan pada jarak 0.5 batu nautika dari Pulau Ketam pada jam 11.15 malam,” katanya.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati seramai lima orang lelaki, tiga daripadanya warga Indonesia dan dua lagi warga Myanmar. Mereka juga didapati telah

melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985.

“Kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 53 tahun ditahan bersama dua buah bot tempatan dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut,” ujar beliau.

10 WARGA ASING DITAHAN.2

10 WARGA ASING DITAHAN

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Selangor