LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LAHAD DATU, 12 Mei – Dua bot pukat tunda ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Lahad Datu selepas didapati melanggar syarat sah lesen pada jarak lebih kurang 1.8 batu nautika dari selatan Tanjung Tungku dan selatan Bagahak pada jam lebih kurang 10.00 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua yang berada di atas bot termasuk tekong dan awak-awak adalah warganegara Indonesia dan Bajau Palauh yang mempunyai dokumen pengenalan diri sah. Tekong dan kesemua awak-awak berusia dalam lingkungan 44 hingga 51 tahun dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang tiga batu nautika dari pantai terdekat.

"Dua pukat tunda gulung, ikan campur anggaran 200 kilogram serta kedua-dua bot ditahan dan dibawa ke Jeti Perikanan, Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” ujar beliau.

Maritim Malaysia memandang serius pencerobohan perairan bagi aktiviti menangkap ikan kerana ia mampu menjejaskan ekosistem sedia ada,” tambahnya.

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Lahad Datu