LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LABUAN, 11 Mei – Sebuah bot kargo PADAS NABAHA membawa muatan baja udang ditahan Maritim Malaysia, Zon Maritim Labuan di perairan Sipitang kira-kira 6.6 batu nautika Barat Daya Teluk Weston, Sipitang Sabah pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Che Adnan bin Md Isa berkata, bot peronda Maritim yang sedang menjalankan rutin rondaan mengesan sebuah bot kargo dalam keadaaan mencurigakan di kawasan perairan Teluk Weston, Sipitang Sabah pada pukul kira-kira 11.15 pagi.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan mendapati seorang tekong dan seorang awak-awak berada di atas bot tersebut. Kami juga menemukan 260 guni dipercayai baja udang di bahagian hadapan bot,” katanya

Beliau memberitahu, tekong dan awak-awak berasal dari Filipina itu juga disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu memiliki passport tamat tempoh serta awak-awak tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

Bot tersebut juga tidak mempunyai sebarang dokumen dan tekong tidak mempunyai sijil kompetensi (C.O.C) untuk mengendalikan bot yang merupakan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Hasil maklumat awal mendapati bot kargo tersebut menghantar bekalan seperti baja udang dan air bersih dari Sipitang ke kolam ternakan udang di kawasan perairan Teluk Weston, Sipitang,” tegas beliau.

Bot tersebut telah ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan serta tekong dan awak-awak direman untuk siasatan lanjut.

SM KAPAL KARGO NABAHA

SM KAPAL KARGO NABAHA. 2

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Labuan