LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 11 Mei – Sebuah bot tempatan kenka disyaki melanggar syarat sah lesen ditahan Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang di perairan Pulau Pinang pada kedudukan 3.3 batu nautika dari Tenggara Pulau Rimau pada jam 1.20 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, sebuah bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang mengesan sebuah bot kenka sedang memukat dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lima orang warga tempatan lelaki berumur lingkungan 29 hingga 41 tahun berada di atas bot tersebut dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8(b) kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tersebut tidak diusahakan sendiri oleh pemilik bot.

Menurut beliau, bot tersebut ditahan bersama satu gulung pukat, 35 bakul, dua tong ikan, satu cangkuk ikan dan satu penyeduk ikan serta ikan campur anggaran 80 kg ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia Pulau Pinang akan terus mempergiatkan pemantauan dan rondaan dalam membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang jenayah di laut,” tegas beliau.

SM PADAH TAK USAHA SENDIRI.2

SM PADAH TAK USAHA SENDIRI.3

Sumber: Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Pulau Pinang