LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 8 Mei – Sebuah bot kargo bersama juragan dan awak-awak ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 di sekitar perairan Tanjung Batu, Tawau baru- baru ini.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau , Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan Ops Pluto Timur telah menahan dan memeriksa sebuah bot kargo tempatan bernombor pendaftaran pada jam lebih kurang 7.30 petang.

"Pemeriksaan awal mendapati seorang juragan tempatan dan tiga awak- awak warga negara Indonesia berumur dalam lingkungan 19 hingga 47 tahun berada dalam bot berkenaan,” katanya.

Menurut beliau lagi, hasil pemeriksaan lanjut pihak Maritim menemui 493 paket satu kilogram muatan minyak masak jenama Ayam Berdua dianggarkan bernilai RM1,235.00 dalam bot berkenaan. Juragan dan awak- awak ditangkap manakala bot kargo ditahan serta diiring masuk ke Jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut.

 

PR TGKPN BOT KLT 53

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam zon Maritim Tawau