LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Tawau, 10 Mei - Sebuah bot kargo membawa muatan batu kelikir ditahan Maritim Malaysia kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 berhampiran perairan Tanjung Batu, Tawau, 10 Mei lalu.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan rutin rondaan Op Pluto Timur telah menahan dan memeriksa bot kargo berkenaan yang sedang menjalankan aktiviti dalam lingkungan Tanjung Batu ke Bergusong, Pulau Sebatik, kira-kira pukul 8.00 pagi.

“Seorang juragan dan dua awak-awak, lelaki warga tempatan dalam lingkungan 25 hingga 51 tahun berada dalam bot berkenaan semasa diperiksa. Walaubagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati nama juragan adalah tidak sama pada lesen bot kargo yang sarat dengan muatan batu kelikir dianggarkan seberat 60 tan,” ujar beliau.

Kesemua awak-awak dan juragan ditangkap serta bot dan muatan terbabit ditahan, serta dibawa masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk diserahkan kepada pengawai penyiasat bagi siasatan lanjut.

 

PR BOT BATU KIKIR

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau