LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KEMAMAN, 9 Mei – Hasrat lima pemancing  tidak kesampaian apabila bot nelayan yang dinaiki karam selepas dipukul ombak akibat ribut pada kedudukan 31 batu nautika daripada Pulau Tenggol,Dungun, Terengganu awal pagi 8 Mei semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi bin Abd Rashid berkata, setakat ini seramai empat mangsa telah ditemui, dan salah seorang mangsa, Chong Yuen Khang, 36 berbangsa cina telah meninggal dunia sewaktu dijumpai bersama tiga rakan yang lain. Manakala nasib seorang pemancing warga Singapura Tan Buck Choon masih tidak diketahui.

"Selaku agensi bertanggungjawab dalam mengkoordinasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut, sejurus menerima laporan sekitar jam 11.30 malam Maritim Malaysia telah mengaktifkan operasi SAR bagi mencari lima pemancing tersebut," katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Tambah beliau, kesemua mereka dirawat di Hospital Kemaman dan berada dalam keadaan stabil meskipun keletihan akibat dehidrasi. Manakala pemancing yang maut dibawa ke Hospital Dungun untuk di bedah siasat. 

"Tiga helikopter Maritim Malaysia serta sebuah kapal ronda Maritim iaitu KM Nusa telah diatur gerak untuk tugasan SAR di sektor pencarian. Operasi ini turut membabitkan penglibatan aset dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Kuantan serta Persatuan Nelayan Kawasan Dungun bagi melancarkan operasi pencarian mangsa,” jelas beliau.

SAR 9 MEI.2

SAR 9 MEI

 

Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kemaman