LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

 

SEMPORNA, 5 Mei – Cubaan untuk menyeludup 58 tong petrol gagal apabila dua individu membawa muatan petrol dalam dua bot laju ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna di perairan Semporna pagi kelmarin.

Pengarah ZonMaritim Semporna, Komander Maritim Norrimi bin Hassan berkata, bot peronda Maritim yang sedang melakukan rutin rondaan menahan dua bot tersebut berhampiran perairan Pulau Bum-Bum, Semporna sekitar jam 8.00 pagi kelmarin.

“Anggota kami cuba menahan bot laju tersebut selepas bot tersebut dilihat bergerak dalam keadaan mencurigakan. Namun, sebaik melihat bot penguat kuasa, juragan bot berkenaan bertindak meloloskan diri,” ujar beliau.

Hasil pemeriksaan mendapati dua juragan yang ditahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Jumlah barang rampasan termasuk bot, tong petrol dan enjin sangkut dianggarkan bernilai RM 20,000 telah ditunda masuk ke Jeti Kem Azumi Semporna untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 danAkta Imigresen 1959/63.

Menurut Norrimi, ini merupakan kes penyeludupan ketiga yang direkodkan Zon Maritim Semporna bagitahun 2019 setakat ini. Beliau juga menegaskan bahawa pihak mereka akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang perlanggaran undang-undang perlakuan jenayah di perairan Semporna.

PR PETROL 58

PR PETROL 58. 1

 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Semporna