PORT DICKSON, 3 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka & Negeri Sembilan berjaya menahan sebuah bot penumpang di kedudukan 0.8 Batu Nautika Barat Laut pantai Telok Kemang Port Dickson pada jam lebih kurang 4.30 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Hj Amran bin Daud berkata, penahanan bot penumpang tersebut dilakukan oleh anggota Maritim Malaysia yang sedang melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Negeri Sembilan.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong dan pembantu bot warga tempatan yang membawa bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran menjalankan operasi membawa penumpang tanpa lesen yang sah dari Jabatan Laut Malaysia serta beroperasi tanpa perlindungan insuran. Kedua-dua kru serta bot ditahan dan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.”

Beliau menegaskan pihaknya akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Melaka dan Negeri Sembilan terutamanya di musim perayaan, dan meminta  orang ramai menyalurkan jenayah dan kecemasan di laut di  talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam.

2.5.19 2.5.19 2
   

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan