LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 02 Mei – Dua buah kapal "barter trade" MV Khine Khine dan MV Shwe Ngw Lin Aung berasal dari Myanmar ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Pulau Pinang di perairan Pulau Pinang pada kedudukan 0.4 dan 0.5 batu nautika Timur Laut Sungai Pinang pada jam 10.30 pagi dan 11.00 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, sebuah bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Pinang berjaya mengesan dua buah kapal sedang bersauh dalam keadaan mencurigakan.

Setelah pemeriksaan dilakukan, didapati 20 orang warga Myanmar berumur lingkungan 18 hingga 74 tahun berada di atas kedua-dua kapal disyaki kerana gagal mempamerkan dokumen certificates of competency.

“Mereka akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 50,000,” katanya.

Beliau juga menegaskan Maritim Malaysia Pulau Pinang akan mempertingkatkan lagi pemantauan dan rondaan bagi membanteras sepenuhnya aktiviti yang menyalahi undang-undang jenayah di laut.

KAPAL GAGAL PAMER DOKUMEN PENANG.2

KAPAL GAGAL PAMER DOKUMEN PENANG

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Pulau Pinang