LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LAHAD DATU, 2 Mei Cubaan masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke Malaysia berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu melalui selatan Sungai Merah Perairan FELDA Sahabat kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rutin rondaan di kawasan tanggungjawab telah berjaya mengesan dan menahan sebuah bot mencurigakan di perairan FELDA Sahabat, Lahad Datu pada jam lebih kurang 9.00 malam.

"Hasil pemeriksaan mendapati, bot tersebut tidak mempunyai sebarang nombor pendaftaran dan seorang juragan serta enam penumpang disyaki warganegara Filipina berumur dalam lingkungan 1 hingga 60 tahun berada dalam bot berkenaan. Siasatan lanjut mendapati kesemua penumpang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.

Abdul Muhaimin memberitahu, bot tersebut cuba menyusup masuk ke daerah Lahad Datu daripada Pulau Sibutu, Filipina. Bot tersebut difahamkan telah bertolak dari Pulau Sibutu lebih kurang 6.00 petang dan telah berada di laut selama 3 jam sebelum ditahan oleh bot peronda Maritim Malaysia.

Bot dan kesemua penumpang ditahan telah dibawa ke Pos Maritim Malaysia, FELDA Sahabat untuk disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan disyaki melakukan kesalahan Penyeludupan Migran dibawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

LAHAD DATU PATI

 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Lahad Datu