LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Kota Tinggi, 2 Mei Seorang maut manakala enam orang lagi selamat selamat selepas bot pancing yang dinaiki mereka terbalik akibat ribut pada awal pagi semalam di perairan Pulau Tinggi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor Kepten Maritim Sanifah bin Yusof, berkata, Maritime Rescue Sub-Coordination Centre (MRSC Johor Bahru) telah menerima panggilan kecemasan melalui talian mers 999 mengenai kejadian bot pancing terbalik di perairan Pulau Tinggi pada jam 11.15 pagi tadi. Berdasarkan maklumat yang diterima bot nelayan tempatan yang melalui kawasan kejadian telah bertindak menyelamatkan enam orang mangsa yang sedang berapung menggunakan jaket keselamatan. Manakala seorang lagi mangsa telah meninggal dunia dipercayai berpunca daripada sesak nafas.

“Tujuh orang mangsa kesemuanya lelaki dalam lingkungan 30 hingga 64 tahun dikatakan telah keluar ke laut untuk memancing pada jam lebih kurang 4.30 petang semalam. Bot mereka dikatakan dilanda ribut pada jam kira-kira 2.15 pagi dan terbalik sekitar jam 2.40 pagi” jelas beliau.

Seorang tekong bot nelayan tempatan, Suhaimi bin Hamid berkata beliau menjumpai mangsa bot terbalik pada jam sekitar 7.30 pagi lalu beliau bertindak membawa mereka pulang ke jeti berhampiran. Maritim Malaysia memuji tindakan prihatin komuniti maritim setempat yang dapat menyelamatkan nyawa.

Sanifah menasihatkan kepada semua komuniti maritim dan masyarakat secara amnya untuk menitikberatkan aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut, persediaan sewajarnya seperti cakna tentang ramalan cuaca dan pematuhan undang-undang dapat mengurangkan risiko kejadian tidak diingini daripada berlaku.

 

BOT TERBALIK SEORANG MAUT

 

BOT TERBALIK SEORANG MAUT.2

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Johor.