LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TERENGGANU, 1 Mei 2019 – Sebuah bot nelayan tempatan kelas C ditahan pada kedudukan 23 batu nautika dari Kuala Terengganu kerana melakukan aktiviti menangkap ikan melebihi kawasan yang dibenarkan oleh Maritim Malaysia  (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu semalam.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli berkata, kapal Maritim KM Nusa yang sedang melakukan rondaan ops Iman menahan bot nelayan yang  didapati melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen.  Lima awak-awak warga tempatan termasuk tekong berumur dalam lingkungan 35 hingga 53 tahun ditahan.

“Turut dirampas hasil laut yang dianggarkan seberat 1.5 tan serta 2000 liter minyak diesel. Bot yang ditahan kemudian di bawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 (b) 1985 Akta Perikanan kerana menangkap ikan di bawah kawasan yang dibenarkan mengikut syarat lesen dan jka disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM 20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duannya sekali.

KM NUSA TAHAN BOT

Sumber:

Sumber Komunikasi Korporat Maritim Negeri Terengganu