LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 28 April – Seorang nelayan tempatan yang jatuh laut dari bot berjaya ditemui berdekatan tiang No. 73, di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Prai pada pukul 4.20 petang semalam.

Menurut Pengarah Maritim Negeri, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang telah menerima panggilan kecemasan mengenai seorang nelayan tempatan yang dipercayai jatuh laut pada pukul 12.00 tengahari. Sejurus aduan diterima, MRSC Langkawi mengaktifkan operasi carilamat.

Mangsa, Md Kasim Bin Chat, lelaki berumur 65 tahun berasal dari Bukit Mertajam, didapati jatuh dari bot selepas bot mangsa dijumpai oleh rakan-rakan mangsa lebih kurang jam 11.00 pagi di kawasan muara Sungai Sembilang, Batu Kawan. Mangsa dipercayai keluar dari jeti lebih kurang jam 6.00 pagi.

“Seorang pemancing menemui mangsa dalam keadaan terapung berdekatan Jambatan Pulau Pinang. Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada PDRM bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Menurut Hamizan lagi, Operasi SAR yang dikoordinasikan oleh MRSC Langkawi ini melibatkan aset daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Maritim Negeri Pulau Pinang merakamkan ribuan terima kasih atas kerjasama dalam penglibatan Operasi SAR.

 

nelayan jatuh laut ditemui.2

nelayan jatuh laut ditemui

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Pulau Pinang