LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 26 APRIL – Tujuh warga asing sedang leka menangkap ikan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah pada kedudukan 16.4 batu nautika barat Pulau Balambangan, Kudat, disini hari ini.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata, aset Maritim Malaysia, KM Arau yang sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut telah menahan sebuah bot tunda dalam keadaan yang mencurigakan. Hasil pemeriksaan mendapati tujuh orang kru, lima orang daripadanya warga Filipina dan dua warga Indonesia dikesan menyalahguna pas lawatan kerja untuk menangkap ikan dengan menggunakan bot nelayan tempatan.

“Jika disabit kesalahan, mereka boleh di dakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985. Bot dan kesemua yang di tahan, diiring masuk ke Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut,” ujar beliau.

 

7 warga asing ditahan

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Sabah