LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Kota Tinggi, 24 April - Sebuah kapal tangki ditahan pada kedudukan kira-kira 3.5 batu nautika tenggara Tanjung Penyusup oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) pada jam 10.50 pagi kelmarin. 

Pemangku Timbalan Pengarah Operasi ZMTS, Leftenan Komander Maritim Muhammad Padzly bin Pasrial berkata, sebuah kapal tangki ditahan bot ronda Maritim Malaysia dalam Op Jaksa di sekitar perairan Pengerang. Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut gagal mengemukakn surat kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia dan dokumen berkaitan insurans kapal telah tamat tempoh. 

"Kapal tangki yang berdaftar di Singapura itu dikendalikan oleh lima kru termasuk Nakhoda (Master) berumur lingkungan 25 hingga 50 tahun. Kesemua kru warganegara Indonesia," katanya. 

Menurut Padzly, kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 Seksyen 491B(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran dan Seksyen 361(3) iaitu Insurans kapal telah tamat tempoh. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran manakala bagi kesalahan insurans kapal tamat tempoh jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM 200 ribu dan tidak lebih RM 500 ribu. Dua orang kru kapal tangki tersebut dibawa ke pejabat ZMTS untuk tindakan selanjutnya.

"Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara memandangkan penahanan kapal tangki ini merupakan kes yang ke tujuh sepanjang bulan April," katanya.

 

WhatsApp Image 2019-04-24 at 15.09.05 1

 

Pegawai Perhubungan Awam ZMTS