LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PERLIS, 24 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Perlis telah melaksanakan pelupusan sebanyak tujuh buah bot lucut hak dan 75 buah bubu kambang (bubu naga) setelah mendapat perintah pemusnahan secara lupus hancur dari mahkamah pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme bin Zakariah berkata, kesemua itu bernilai lebih kurang RM 70,000.00 merangkumi tangkapan sebanyak 13 kes rawa sorong dan empat kes nelayan asing sepanjang tahun 2018 di perairan Negeri Perlis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Pelupusan bot tersebut dilakukan dengan menggunakan jengkaut untuk menghancurkannya bagi menunjukkan ketegasan agensi dalam menguatkuasakan undang-undang”, katanya dalam satu kenyataan media disini, hari ini.

Tambahannya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan aktiviti pencerobohan nelayan asing dan pukat rawa sorong kerana jelas merosakkan ekosistem dan hidupan laut. Oleh itu, tindakan tegas akan diambil keatas pesalah yang melakukan aktiviti menyalahi undang-undang.

“Pihak kami akan terus membuat rondaan dan pemantauan di perairan negara dari semasa ke semasa untuk mencegah aktiviti jenayah maritim khususnya di perairan utara Semenanjung Malaysia dan saya juga mengharapkan kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan aduan atau kecemasan di laut dengan menghubungi terus Maritim Malaysia di talian kecemasan MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162,”jelas beliau.

MARITIM MALAYSIA LUPUS 7 BOT LUCUT HAK DAN 75 BUBU KAMBANG 2

MARITIM MALAYSIA LUPUS 7 BOT LUCUT HAK DAN 75 BUBU KAMBANG

MARITIM MALAYSIA LUPUS 7 BOT LUCUT HAK DAN 75 BUBU KAMBANG 3

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Kedah dan Perlis