LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

 

BINTULU, 24 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu berjaya menahan 22 kru nelayan asing warga Vietnam dan Thailand, sekali gus merampas dua buah vesel mereka selepas didapati menceroboh perairan negara pada 22 dan 23 April lalu.

 

 

Dalam rutin operasi yang dijalankan, kapall ronda Maritim Malaysia berjaya mengesan sebuah bot dipercayai bot nelayan asing Vietnam dikedudukan lebih kurang 123 batu nautika dari Tanjung Kidurong, Bintulu. Manakala, sebuah lagi bot nelayan asing Thailand berjaya dikesan dikedudukan 79 batu nautika dari daratan yang sama.

 

 

Pengarah Maritim Zon Bintulu, Kepten Maritim Shahref Steve Macqueen Abdullah berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua 11 orang kru vesel warganegara Vietnam dan 11 orang kru vesel warganegara Thailand yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 55, berada di atas kedua-dua bot tersebut

“Semasa ditahan, kedua-dua vesel nelayan tersebut disyaki cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan menyamar sebagai vesel nelayan tempatan serta mencuri hasil laut di perairan Bintulu,” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Tambahannya, vesel dan kesemua kru ditahan serta diiringi ke jeti Zon Maritim Bintulu bagi siasatan lanjut. Vesel serta hasil tangkapan dianggarkan bernilai RM2 juta, disita oleh pihak Maritim Malaysia dan kesemua mereka akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta lmigresen 1959/63.