LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 23 April Sebuah bot rekreasi membawa tiga penumpang warga Indonesia berjaya ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau di sektiar perairan Merotai dalam satu operasi Pluto Timur, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri Hussin berkata, ketika sedang melakukan rondaan, anggota bot ronda Maritim Malaysia berjaya mengesan sebuah bot gentian kaca yang mencurigakan disyaki bergerak keluar dari kawasan Sungai Merotai, Tawau menuju ke Pulau Sebatik pada jam lebih kurang 8.30 pagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati seorang juragan bersama tiga penumpang warga asing berada di atas bot tersebut dan juragan tersebut gagal megemukakan sebarang dokumen pendaftaran yang sah ke atas bot rekreasi yang dipandunya. Manakala, tiga penumpang itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” ujar beliau.

Tambahannya, kesemua mereka berumur antara 22 hingga 28 tahun itu dibawa ke jeti  Zon Maritim Tawau untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi siasatan lanjut.

“Jika disabit kesalahan,  juragan tersebut boleh dikenakan hukuman di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002. Manakala tiga penumpang tersebut boleh di dakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63", katanya lagi.

Yusri berharap orang ramai terus memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat yang lengkap kepada Maritim Malaysia jika terdapat sebarang aduan, kecemasan atau aktiviti jenayah dilaut di talian MERS 999 atau pusat operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752115.

GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN EMPAT WARGA INDONESIA DI TAHAN.67

 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau