LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 23 April – Tiga buah bot dan enam nelayan asing warga Indonesia yang melanggar syarat sah lesen telah ditahan oleh Maritim Malaysia Negeri Selangor dalam Ops Ehsan di sekitar perairan Jeram semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, kesemua bot nelayan tersebut bejaya di tahan di kedudukan lebih kurang 13 batu nautika dari Pantai Jeram sekitar jam 12.00 tengah malam hingga 2.10 pagi semalam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, iaitu bekerja serta menggunakan pekerja warga asing tanpa permit yang sah dan sebahagiannya didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.” katanya dalam satu kenyataan, disini, hari ini.

Tambahannya, kesemua mereka yang berumur lingkungan 25 hingga 50 tahun bersama tiga buah bot serta hasil tangkapan seberat 15 kilogram di bawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

3 bot indonesia pekerja

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Selangor.