LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 23 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau berjaya menahan sebuah bot penumpang tempatan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 di perairan Sungai Melayu, Pulau Sebatik pagi semalam, 22 April lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan dalam Ops Pluto Timur di kawasan tanggungjawab telah menahan dan memeriksa bot penumpang jenis gentian kaca terbabit pada jam lebih kurang 9.30 pagi yang kelihatan mencurigakan sedang menuju ke arah Sungai Melayu, Pulau Sebatik.  

“Hasil pemeriksaan mendapati juragan bot penumpang berumur 15 tahun membawa seorang penumpang wanita dewasa disyaki warga Indonesia berumur 37 tahun, masing-masing gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah. Bot tersebut juga membawa muatan 264 kilogram gula pasir, 120 kilogram minyak masak, 84 kilogram tepung gandum dan 2 tong gas Liquid Petroleum Gas (LPG) tanpa sebarang permit yang sah,” katanya.

Kesemua barang rampasan termasuk bot gentian kaca dan enjin sangkut Yamaha 60 hp dianggarkan bernilai RM26,000. Kesemua barang rampasan serta kedua-dua mereka ditahan dan diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut.

PR PATI DAN BARANG KAWALAN

 

 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau