LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 22 April – Sebuah bot nelayan tempatan kelas C telah ditahan oleh bot peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang selepas didapati melanggar syarat sah lesen.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, bot berkenaan ditahan pada jarak lebih kurang 7.7 batu nautika dari barat daya Pulau Kendi pada jam 12.30 tengahari semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua yang berada di atas bot termasuk tekong dan awak-awak adalah warganegara Thailand. Tekong dan tiga awak-awak berusia dalam lingkungan 44 hingga 51 tahun dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang 12 batu nautika dari pantai terdekat,” katanya.

"Dua pukat tunda gulung, ikan campur anggaran 500 kilogram (kg) dan ikan baja anggaran 500 kg serta bot ditahan dan dibawa ke Jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut. Maritim Malaysia memandang serius pencerobohan perairan bagi aktiviti menangkap ikan kerana ia mampu menjejaskan ekosistem sedia ada,” tambahnya.

Beliau turut mengingatkan agar komuniti maritim tempatan bekerjasama dengan pihak Maritim Malaysia dalam menyalurkan maklumat lengkap berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang terutama pencerobohan kawasan zon penangkapan ikan oleh bot pukat tunda yang selalu menjadi rintihan nelayan pantai.

TARIK TEPI BOT TUNDA ZON C.3

TARIK TEPI BOT TUNDA ZON C.2

TARIK TEPI BOT TUNDA ZON C

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Pulau Pinang