LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Kota Tinggi, 22 April – Lagi kapal tangki Mongolia bersauh tanpa kebenaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Tg. Sedili (ZMTS) pada jam lebih kurang 12 tengahari 21 April lalu di kedudukan lebih kurang 9.1 batu nautika Timur Tanjung Lompat.

Pemangku Timbalan Pengarah Operasi ZMTS,Leftenan Komander Maritim Muhammad Padzly bin Pasrial berkata, penahanan dilakukan oleh bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan di sekitar perairan Pengerang. Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia.

“Kapal tangki yang berdaftar di Ulaan Batar, Mongolia itu dikendalikan oleh sembilan kru termasuk Nakhoda (Master) berumur lingkungan 23 hingga 53 tahun. Tujuh daripadanya warga Indonesia manakala selebihnya warga Myanmar dan Sri Lanka,” kata beliau.

Beliau memberitahu kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 Seksyen 491B(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Dua orang kru kapal tangki tersebut dibawa ke pejabat ZMTS untuk tindakan selanjutnya.

Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara. Para pengusaha juga dinasihatkan untuk memohon kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia dan Lembaga Pelabuhan Johor sebelum berlabuh.

 

LAGI KAPAL TANGKI DITAHAN BERLABUH TANPA KEBENARAN 2

 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tanjung Sedili