LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

YAN, 22 April – Satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan selepas seorang nelayan warganegara Thailand dilaporkan hilang setelah terjatuh ke laut pada jarak 22.3 batu nautika barat laut Pulau Songsong pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad berkata berkata, operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan pada jam 7 pagi tadi melibatkan sebuah bot daripada Maritim Malaysia, tiga buah bot dari pelbagai agensi lain serta beberapa buah bot nelayan tempatan.

Operasi telah bermula sejak awal pagi tadi setelah semua agensi yang terlibat diberi taklimat di Jeti nelayan Sg Udang.

Kawasan pencarian melibatkan keluasan 35 batu nautika dari lokasi kejadian dibahagikan kepada tiga sektor berdasarkan aset-aset yang terlibat.

NELAYAN THAI SAR

NELAYAN THAI SAR.2

 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Kedah