LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 20April – Satu bot jongkong berdaftar bersama seorang juragan warga tempatan ditahan dalam op Pluto Timur yang dijalankan oleh Maritim MalaysiaZon Maritim Tawau, pada 19 April 2019 lalu.

Timbalan Pengarah Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin berkata, bot jongkong tersebut ditahan dan diperiksa oleh bot peronda Maritim Malaysia Tawau pada kedudukan sekitar 1.5 batu nautika dari Sungai Pukol, Pulau Sebatik, Tawau pada lebih kurang jam 5.15 petang.

"Pemeriksaan awal mendapati bot jongkong tersebut membawa muatan gula bersubsidi tanpa dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau. Juragan berumur 18 tahun, warga tempatan berada di atas bot jongkong tersebut," katanya.

Kesemua yang ditahan termasuk muatan barangan beranggaran melebihi satu tan dan bot jongkong dirampas. Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai hampir RM50,000 dan telah diiring masuk ke Jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki dalam cubaan menyeludup barang keluar ke negara jiran.

 

BOT JONGKONG BAWA MUATAN GULA DITAHAN

 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau