LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 19 April – Sebanyak 20 unit bubu naga yang diharamkan penggunaannya telah dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang menerusi operasi Op Pertiwi di perairan Penaga, Pulau Pinang kira-kira jam 8.15 pagi 19 April lau.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun berkata, semasa bot melakukan rondaan, mereka mengesan sebuah bot nelayan tempatan tanpa nombor pendaftaran beserta dua orang awak-awak sedang menaikkan bubu naga. Menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka bertindak melarikan diri ke kawasan perairan yang cetek serta membuang bubu naga tersebut bagi mengelakkan ditahan.

"Kesemua bubu naga tersebut dirampas kerana pengunaanya menyalahi peraturan di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya.

Tegas beliau penggunaanbubu naga secara haram boleh menjejaskan sumber perikanan kerana sifatnya yang tidak selektif selain turut memerangkap anak-anak ikan komersial sekali gus menjejaskan hasil pendapatan nelayan pantai.

20 BUBU NAGA DIRAMPAS PENANG

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Pulau Pinang