LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN 21 April - Sebuah bot nelayan Vietnam ditahanKD Terengganu sebuah aset daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana dikesan menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia kira-kira 60 timur dari Kuantan pada jam 11 pagi semalam sebelum diserahkan kepada Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar berkata,Kapal TLDM tersebut sedang menjalankan rondaan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), sebelum terserempak denganbot nelayan Vietnam terbabit.

"Hampir dua tan hasil laut yang dipercayai ditangkap di perairan kita ditemui di atas bot hasil pemeriksaan oleh Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia. Seorang tekong dan 18 nelayan berusia antara 20 hingga 50 tahun  yang berada di atas bot tersebut turut ditahan bersama-sama hasil laut yang dijumpai," katanya.

Beliau memberitahu, hasil laut dan barang rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai hampir RM1 juta dan kesemua nelayan boleh didakwa di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Jika disabitkan kesalahan tekong tersebut akan dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM 1 juta, penjara tidak melebihi 3 tahun manakala awak-awak dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM 100 ribu setiap seorang, penjara tidak melebihi 2 tahun,” kata Zulkarnain.

Sehingga hari ini Maritim Negeri Pahang telah melakukan 350 pemeriksaan dan 1tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan.

 

BOT NELAYAN VIETNAM DITANGKAP .1

BOT NELAYAN VIETNAM DITANGKAP .2

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Negeri Pahang