LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KEDAH, 19 April – Beroperasi secara haram tanpa sebarang dokumen sebuah bot nelayan kelas A yang menjalankan aktiviti menunda pukat ditahan awal pagi 19 April lalu.

Bot tunda haram itu ditahan nelayan oleh bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah lebih kurang jam 4 pagi. Bot tersebut dikesan berada pada jarak 0.3 batu nautika barat daya Pantai Tebengau, Kuala Kedah.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad, berkata, semasa dihampiri, bot tersebut memecut laju melarikan diri. Aksi kejar mengejar selama 30 minit itu menemui jalan buntu lalu memaksa dua nelayan yang berada di atas bot tersebut bertindak terjun dan melarikan diri berhampiran kawasan pantai.

“Bot nelayan tersebut yang dianggarkan bernilai RM45,000, dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat sah lesen,” jelas beliau.

Beliau memberitahu kerjasama yang erat dalam kalangan komuniti maritim setempat antara faktor utama dalam membanteras pelanggaran undang-undang dan kegiatan jenayah di laut. Beliau juga mengingatkan kepada pengusaha bot nelayan supaya sentiasa mematuhi undang-undang.

BOT TUNDA HARAM DIRAMPAS. 2

BOT TUNDA HARAM DIRAMPAS

 

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam zon Maritim Kuala Kedah