LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Batu Pahat, 19 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Batu Pahat berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup rokok ke dalam negara melalui jalan laut di muara Pontian Kecil pada jam lebih kurang 11.45 malam, 18 April lalu.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat , Komander Maritim Mohammad Bin Othman berkata, bot maritim yang sedang melakukan rondaan rutin mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan muara Pontian Kecil. Semasa cuba dihampiri, bot tersebut memecut laju ke arah pantai dan setibanya di persisiran dua orang suspek telah terjun meninggalkan bot tersebut.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berjaya menemukan sejumlah rokok pelbagai jenama yang dipercayai cuba diseludup masuk ke dalam negara. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan mencecah hingga RM 70,000,”  jelas beliau.

Mohammad menjelaskan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. Bot berserta barang yang dirampas diserah kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Batu Pahat bagi siasatan lanjut. Maritim Malaysia menyeru orang ramai dan komuniti maritim khususnya bagi menyalurkan sebarang maklumat/ aduan jenayah di laut atau yang berkaitan kepada pihak Maritim Malaysia.

rokok 70k

Sumber:

Unit Perhubungan Awam Zon Maritim Batu Pahat