LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LUMUT, 19 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan ketika melakukan penangkapan ikan di perairan Perak kira-kira empat batu nautika dari Pulau Talang pada jam 7.20 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Wan Mat bin Wan Abdullah, berkata, Bot Petir 80 berjaya mengesan bot nelayan tersebut yang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati bot bersama dua awak-awak dan seorang tekong warganegara Thailand telah melanggar syarat lesen yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perikanan dibawah Akta Perikanan 1985.

"Kesemua yang ditahan dalam lingkungan 30 sehingga 54 tahun. Mereka kemudian di iringi masuk ke Pusat Tahanan Vesel untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana bot nelayan yang melakukan pencerobohan zon menangkap ikan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memelihara kehidupan marin agar tidak terjejas.

 

PR BOT NELAYAN DITANGKAP

 

Sumber:

Unit Komunikasi korporat Negeri Perak