LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Kuala Terengganu, 18 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu menahan sebuah bot nelayan di lokasi 50 batu nautika dari muara Kuala Terengganu pada jam 11.10 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli berkata, bot tersebut ditahan oleh bot peronda Maritim Terengganu yang sedang melakukan rondaan op Iman. Bot tesebut ditahan kerana melanggar syarat lesen dan disyaki bot nelayan asing yang menggunakan nombor pendaftaran tempatan.

Enam awak-awak termasuk tekong, berumur antara 33 hingga 46 tahun turut ditahan. Selain nilai rampasan dianggarkan bernilai hampir RM 1 juta termasuk hasil tangkapan laut, minyak diesel, bot dan peralatan menangkap ikan.

“Bot kemudian di bawa ke jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah akta perikanan 1985 kerana disyaki memalsukan dokumen bot dan juga melanggar syarat-syarat lesen,” ujar beliau.

“Sehingga April 2019, kita telah memperoleh hasil denda sebanyak RM 2,349,900.00 manakala kos penahanan bot sebanyak RM 350,000. Selain itu, pihak kita juga telah berjaya melakukan 24 tangkapan dengan penahanan sebanyak 162 kru warga Vietnam," tegas beliau.

Maritim Negeri Terengganu tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama nelayan asing yang menceroboh perairan negara bagi mengaut hasil laut tanpa kebenaran yang mana akan merugikan negara.

PR BOT PENGGALANG 18

PR BOT PENGGALANG 18.2

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia Terengganu