LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

TANJUNG KELING, 18 April – Aktiviti mengorek pasir dua buah kapal korek haram terbantut apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di kedudukan lebih kurang 5 batu nautika Barat Daya Tanjung Keling, Melaka semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud berkata, penahanan tersebut dilakukan sewaktu pihaknya sedang melaksanakan rutin operasi harian dan hasil risikan memaklumkan terdapat aktiviti mengorek dan memindah pasir laut yang mencurigakan.

“Kedua-dua kapal iaitu JBB 8 dan CT 8 ditahan jam lebih kurang 12.00 tengahari setelah gagal menunjukkan dokumen pengorekan pasir yang lengkap. Selain itu, empat kru kapal di kedua-dua kapal diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut,” katanya lagi.

Menurut Amran lagi, pihaknya kini sedang mengesan pemilik kedua-dua kapal berkenaan yang berdaftar di Republik Sierra Leone dan siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Akta Pelantar Benua 1966 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

kapal korek melaka 2

kapal korek melaka 1

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Negeri Melaka dan Negeri Sembilan