LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Mersing, 17 April Satu operasi carilamat (SAR) dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim (ZM) Mersing, apabila seorang remaja yang hilang dan dikhuatiri telah jatuh laut semasa dalam perjalanan menaiki feri ke Pulau Tioman pada jam lebih kurang 4.30 petang semalam.

Pengarah ZM Mersing Komander Maritim Haris Fadzillah bin Abdullah berkata, pihaknya menerima aduan dari Balai Polis Mersing dan segera menyalurkan maklumat kepada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru untuk mengaktifkan dan mengkoordinasikan SAR. Aset bot Kilat 14 digerakkan ke lokasi kejadian dan operasi carilamat ini turut dibantu oleh aset daripada Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, syarikat feri blue water dan komuniti maritim dengan kekuatan seramai 47 orang dan 4 buat bot.

Mayat mangsa berjaya ditemukan pada jam 1.55 petang selepas pencarian dilakukan di sekitar sungai dan muara mersing sehingga 5 batu nautika ke laut oleh pasukan carilamat berhampiran Jeti Awam Mersing. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.

SAR remaja hilang di laut 1

SAR remaja hilang di laut 2

Sumber:

Pegawai Perhubungan Awam Maritim Malaysia Zon Mersing