LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PASIR PUTEH, 17 April Tekong dan empat nelayan kesemuanya warga Vietnam di tahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan ketika cuba menangguk gamat dan menyeludup keluar hasil tersebut dari negara ini di perairan Kelantan, semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Ismail bin Hamzah berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM) Ibu Pejabat dan segera mengarahkan bot Maritim Malaysia untuk membuat rondaan di lokasi tersebut.

“Mereka cuba untuk meloloskan diri namun pihak Maritim Malaysia berjaya ditahan pada jarak lebih kurang 56 batu nautika dari Muara Tok Bali pada jam 12.28 tengahari semalam oleh bot Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Damai.”

Menurut Ismail, hasil pemeriksaan mendapati, kesemua empat nelayan yang ditangkap berusia di antara 27 hingga 55 tahun itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Anggota Penguat kuasa juga menemui tangguk besi yang digunakan untuk menangkap gamat yang mana penggunaannya dilarang kerana boleh merosakkan batu karang dan kawasan pembiakan ikan. Nilai rampasan termasuk bot beserta gamat dan peralatan menangguk dianggarkan bernilai RM 65,000.

“Bot, tekong dan nelayan dibawa masuk ke Jeti Maritim Malaysia Negeri Kelantan di Tok Bali untuk siasatan lanjut. Bot akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM 1 juta bagi pemilik dan tekong manakala tidak melebihi RM 100,000 bagi awak-awak atau penjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan” katanya.

TANGGUK GAMAT.4

TANGGUK GAMAT

TANGGUK GAMAT.2

TANGGUK GAMAT.1

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Malaysia  Negeri Kelantan