KUALA KEDAH, 16 April Sebuah bot pukat tunda kelas C ditahan pada kedudukan lebih kurang 10 batu nautika barat daya Kuala Kedah, Kedah kerana sanggup bergelap demi meraih untung segera dengan memukat di kawasan larangan oleh bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Kedah 15 April lalu. 

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad, berkata, bot yang diusahakan oleh seorang tekong tempatan bersama tiga awak-awak tempatan dan dua awak-awak warganegara Thailand itu ditahan pada jam 11.00 malam tadi

Kesemua yang ditahan berusia diantara 37 hingga 63 tahun dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat sah lesen.

“Beroperasi pada waktu malam dengan tidak menghidupkan lampu dipercayai menjadi taktik bot-bot tunda untuk mengaut untung segera disamping menunda di luar kawasan yang dibenarkan.Tindakan tidak menyalakan lampu juga boleh mengundang kemalangan di laut,” ujar beliau.

“Bot dianggarkan bernilai hampir satu juta ringgit bersama 500 kilogram hasil tangkapan tersebut ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut,” tanya dalam satu kenyataan media, disini hari ini.

Beliau juga menegaskan kepada pengusaha-pengusaha bot nelayan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan.

TANGKAPAN BOT C 15 APRIL

TANGKAPAN BOT C 15 APRIL.2

 

Sumber:

Unit Perhubungan Awam Zon Maritim Kuala Kedah