LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KEMAMAN, 16 April –Tiga buah bot nelayan asing bersama tiga orang tekong dan 28awak-awak ditahan KM Langkawi aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di Perairan Maritim Negeri Pahang lebih kurang pada jam 5 petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim V.Pannir Selvan a/l Veloo berkata rondaan yang dijalankan oleh aset Maritim Malaysia berjaya mengesan tiga buah bot nelayan asing dari Vietnam di lokasi lebih kurang 70 batu nautika Timur dari Kuantan. Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut  membawa ikan campur dan hasil laut yang dianggarkan melebihi dua tan.

“Keseluruhan barang rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai hampir RM 3juta dan kesemua 31 nelayan Vietnam berumur lingkungan 18 hingga 60 tahun dan bot ditahan serta diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut,” kata beliau.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana memasuki dan menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

V.Pannir Slevan menjelaskan, jika disabitkan kesalahan ketiga-tiga tekong akan dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM 1 juta setiap seorang, penjara tidak melebihi 3 tahun manakala awak-awak dikenakan denda sebanyak tidak melebihib RM 100 ribu setiap seorang, penjara tidak melebihi 2 tahun. Sehingga hari ini Maritim Negeri Pahang telah melakukan 344 pemeriksaan dan 18tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan. 

 

TANGKAPAN KM Langkawi

TANGKAPAN KM Langkawi. 2

TANGKAPAN KM Langkawi 3

TANGKAPAN KM Langkawi  4