LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 15 April –Empat orang lelaki yang menaiki bot gentian kaca yang dilaporkan hilang pada 11 pagi, 14 April lalu berhampiran  Pelabuhan Barat pada jarak 0.3 batu nautika Selatan Tanjung Mahang ditemui selamat oleh sebuah bot nelayan Pulau Ketam berhampiran Permatang Sedepa pada jam lebih kurang 5.30 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli bin Kassim berkata, mangsa telah keluar ke laut sejak Ahad lalu dan bot mereka hanyut hingga ke Permatang Sedepa sebelum ditemui oleh bot nelayan dan ditunda ke jeti Pulau Ketam.

“Bot yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin sebelum hanyut pada jam lebih kurang 7 petang semalam.

"Empat orang mangsa iaitu, Mohd Faisol Romle, 38, Nazaruddin, 48, Muhammad Firdaus Romle, 25 dan Mohd Amirul Adli Khairi, 25 ditemui selamat,” katanya dalam satu kenyataan, disini hari ini.

Tambahannya, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan operasi carilamat telah ditamatkan yang melibatkan hampir 50 orang pegawai dan anggota serta aset-aset yang terdiri daripada aset Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pasukan Polis Marin.

“Terima kasih atas usaha setiap agensi yang terlibat dalam menjalankan tugas dengan penuh komited demi menyelamatkan nyawa. Tidak dilupakan juga kerjasama komuniti nelayan yang turut memainkan peranan dalam operasi carilamat ini,” tambah beliau.

SAR BOT FIBER. 3

SAR BOT FIBER. 2

SAR BOT FIBER

 

Sumber:

Unit Komunikasi Korporat Maritim Negeri Selangor.