LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 15 April - Maritim Malaysia, Zon Maritim Tg. Sedili (ZMTS) telah menahan dua kapal tangki antara jam 10 hingga 11 pagi  di kedudukan lebih kurang 4.5 batu nautika Timur Tanjung Penyusop dan 3.1 batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop.

Pemangku Timbalan Pengarah Operasi ZMTS, Leftenan Komander Maritim Muhammad Padzly bin Pasrial berkata, kapal berkenaan ditahan sewaktu  bot peronda Maritim melakukan rondaan op Jaksa di sekitar perairan Pengerang. Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal tangki tersebut gagal mempamerkan sebarang dokumen kebenaran bersauh dari Pengarah Laut Malaysia.

“Kapal tangki yang berdaftar di Singapura itu dikendalikan oleh 12 kru termasuk Nakhoda (Master) berumur lingkungan 23 hingga 50 tahun. Enam daripadanya warga Indonesia, tiga warga Bangladesh dan selebihnya warga Myanmar. Manakala kapal tangki yang berdaftar di Ulaan Baatar, Mongolia dikendalikan oleh 14 orang kru termasuk Nakhoda (Master) warga Indonesia berumur lingkungan 23 hingga 49 tahun.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 Seksyen 491B (1) (l) iaitu bersauh tanpa kebenaran. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Dua orang kru setiap kapal tersebut dibawa ke pejabat ZMTS untuk tindakan selanjutnya," katanya lagi.

Padzly mengingatkan para pengusaha kapal dinasihatkan untuk memohon kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia dan Lembaga Pelabuhan Johor sebelum berlabuh.

WhatsApp Image 2019-04-15 at 11.41.24.jpeg 123 WhatsApp Image 2019-04-15 at 12.10.49.jpeg 123
   

Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Tanjung Sedili