LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 14 April –Tiga buah bot nelayan asing yang membawa muatan lebih 6 tan bersama tiga orang tekong dan 21 awak-awak ditahan aset Maritim Malaysia ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Maritim Negeri Pahang pada jam kira-kira 8 pagi.

Aset Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan, mengesan tiga buah bot nelayan asing yang sedang leka melakukan aktiviti menangkap ikan disyaki dari Vietnam di lokasi lebih kurang 93 batu nautika Timur dari Kuantan.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar, berkata bot nelayan asing tersebut membawa ikan campur dan hasil laut yang dianggarkan melebihi 6 tan.

“Keseluruhan barang rampasan termasuk bot dianggarkan bernilai hampir RM 3 juta dan kesemua 24 nelayan Vietnam berumur lingkungan 18 hingga 59 tahun dan bot ditahan serta diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Jika disabitkan kesalahan ketiga-tiga tekong akan dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM 1 juta setiap seorang, penjara tidak melebihi tiga tahun manakala awak-awak dikenakan denda sebanyak tidak melebihib RM 100 ribu setiap seorang, penjara tidak melebihi dua tahun,” kata beliau.

Sehingga hari ini Maritim Negeri Pahang telah melakukan 341 pemeriksaan dan 15 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan.

KM LANGKAWI 1

KM LANGKAWI 2

KM LANGKAWI 3