LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PERLIS, 13 April – Dua buah bot nelayan kelas B ditahan pihak Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis telah menahan pada jarak lebih kurang 3.6 batu nautika dan 1.5 batu nautika dari pantai Kuala Perlis pada jam kira-kira 7.30 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nurulazme bin Zakariah berkata, sebuah bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin di sekitar perairan Perlis dan Kedah mengesan dua buah bot nelayan tempatan Kelas B yang sedang menangkap ikan di kawasan perairan Kuala Perlis.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot tersebut didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan diluar kawasan yang dibenarkan. Bot yang berpangkalan di Perlis itu hanya dibenarkan menangkap ikan pada lima batu nautika ke atas sahaja. Semua awak-awak dan bot tersebut dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” kata beliau.  

Tegasnya lagi, pihak Maritim akan terus membuat rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari semasa ke semasa untuk mencegah aktiviti penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan utara semenanjung Malaysia. Maritim Malaysia juga meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.