LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KEDAH, 13 April – Sebuah bot nelayan kelas B1 bersama tekong dan tiga awak-awak ditahan di kedudukan kira-kira 6.70 batu nautika barat Pantai Kuala Sala, Kedah oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Kedah awal pagi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad, berkata, pihak mereka menerima aduan mengenai kehadiran bot tersebut pada awal pagi dan menahan mereka pada jam 12.30 pagi. Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 40 hingga 49 tahun dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat sah lesen.

“Menunda pada awal pagi di luar kawasan yang dibenarkan menjadi taktik bot-bot tunda dalam mengaut keuntungan berganda. Sikap tamak pengusaha-pengusaha bot-bot yang tidak mematuhi syarat sah lesen dikhuatiri akan merosakkan ekosistem laut sekaligus pendapatan nelayan terutama nelayan pantai akan terjejas. Bot tersebut kemudianya ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut,” ujar beliau.

Beliau juga menegaskan kepada pengusaha-pengusaha bot nelayan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan.

 

kuala kedah bot 1

kuala kedah bot 2